top of page
Writer's pictureDr Cheong Jack Pein

Resdung : Bagaimana Melakukan Pembuangan Lendir Dari Hidung & Sinus Dengan Cara Selamat

Updated: Sep 21

Dr Cheong | ENT Clinic KPJ Pasir Gudang Johor


cara penggunaan pangairan hidung {sinus flush)
Cara Pengairan Hidung (sinus flush)

Pembuangan lendir sinus dan hidung dengan air garam adalah satu cara yang selamat dan mudah dilakukan untuk melegakan kesesakan hidung dan rongga sinus.


Teknik membilas atau mencuci saluran hidung "sinus flush", juga disebut pengairan hidung, biasanya dilakukan dengan air larutan garam atau "saline". Apabila dibilas melalui saluran hidung ,larutan garam tersebut dapat mengeluarkan alergen, lendir, debu serta puing-puing dalam hidung. Ini juga membantu melembabkan membran mukosa dalam hidung dan rongga sinus.


Beberapa kajian menunjukkan bukti keberkesanan pengairan hidung untuk merawat sinusitis akut atau kronik (resdung), serta alergi hidung.


Dalam satu kajian, pesakit dengan gejala sinus kronik yang menggunakan pengairan garam sekali sehari melaporkan bertambah baik gejala resdung sebanyak 64 peratus, dan peningkatan kualiti hidup yang ketara selepas enam bulan.


Anda boleh menggunakan alat yang disebut periuk neti (neti pot) untuk membantu menyalurkan air garam ke dalam hidung & rongga sinus. Anda juga boleh menggunakan botol pemeras atau alat suntik syringe pump.


Neti pot and salt for washing the nose (Periuk dan garam Neti untuk mencuci hidung dan sinus)
Periuk Neti (Neti Pot) dan garam untuk mencuci hidung & rongga sinus.

Lelaki membersihkan hidungnya menggunakan periuk neti
Cara membersihkan hidung dengan mengguna periuk 'Neti' (Neti pot).

Langkah pertama adalah menyediakan larutan air garam. Ini boleh dilakukan dengan mencampurkan air suam bersih dengan garam yang dikenali sebagai sodium klorida (NaCl).


Walaupun anda boleh membuat cecair garam sendiri di dalam rumah, anda digalakkan untuk membeli paket sachet pra-campuran di kedai farmasi.


Adalah sangat penting untuk menggunakan air steril atau air bersih untuk membersihkan hidung. Ini disebabkan risiko jangkitan kuman dan infeksi parasit Amoeba dalam rongga sinus yang bakal menyebabkan jangkitan dalam otak.


Untuk membersihkan saluran hidung dan sinus, ikuti langkah berikut:

  1. Berdiri di depan singki dan condongkan kepala ke satu sisi.

  2. Dengan menggunakan botol pemeras, syringe pam suntik, atau periuk neti, tuangkan atau peras larutan garam perlahan-lahan ke dalam satu lubang hidung. Anda diingati supaya tidak memerah botol dengan terlalu kuat dan laju kerana air larutan tersebut boleh dibawa masuk ke dalam telinga tengah dan tekak (boleh mengakibatkan tersedak).

  3. Biarkan air larutan dialir keluar dari lubang hidung sebelah. Tarik nafas melalui mulut, dan bukan hidung.

  4. Ulangi langkah-langkah atas pada ruang hidung yang sebelah.

  5. Elakkan air dari menurun ke belakang tekak anda.

  6. Hembus hidung anda secara perlahan-lahan selepas anda selesai membersihkan lendir hidung. Anda boleh mengulangi langkah pembersihan tersebut sebanyak 2 atau 3 kali dalam sehari atau bila-bila masa hidung terasa sumbat lagi. Dalam 5 minit selepas selesai pembersihan hidung, anda boleh menggunakan semburan steroid hidung (untuk mencegah alergi hidung).


TIPS KESELAMATAN


Pembersihan hidung & sinus boleh mengakibatkan jangkitan kuman, namun risiko ini adalah rendah dan boleh dielakkan dengan mengikuti beberapa peraturan keselamatan yang mudah:


  1. Basuh tangan anda sebelum pembersihan hidung & sinus.

  2. Jangan mengguna air paip. Gunakan air suling, air yang disaring, atau air yang telah direbus sebelumnya.

  3. Bersihkan periuk anda dengan air panas, sabun selepas setiap penggunaan. Biarkan sehingga kering dengan sepenuhnya.

  4. Elakkan mengguna air sejuk, terutamanya jika anda baru selepas menjalani pembedahan sinus. Air suam patut diguna. (Juga elakkan mengguna air yang sangat panas.)

  5. Jangan menggunakan air larutan garam jika kelihatan keruh atau kotor.


Berapa kerap anda boleh membuat pengairan hidung?


Adalah baik untuk melakukan pembilasan sinus sekali-sekala jika anda mengalami kesesakan hidung akibat selesema atau alergi.


Mulakan dengan satu pengairan setiap hari semasa anda mengalami kesesakan hidung atau gejala sinus. Anda boleh mengulangi pengairan sehingga tiga kali sehari.


Bila perlu berjumpa dengan doktor?


Sekiranya gejala sinus anda tidak bertambah baik selepas 10 hari atau menjadi semakin buruk, berjumpa dengan doktor. Ini boleh menjadi tanda jangkitan yang lebih serius.


Anda juga harus berjumpa doktor jika anda mengalami petanda berikut bersama dengan kesesakan, tekanan, atau kerengsaan sinus:

  1. Demam panas

  2. Saluran lendir hidung yang kehijauan atau berdarah

  3. Lendir hidung dengan bau yang kuat

  4. Penglihatan kabur atau kurang jelas

  5. Pernafasan berbunyi wheezing atau mengi (semput)


Cara Selamat Melakukan Pengairan Hidung (Sinus Rinse) di Rumah


Tonton video tutorial ini untuk mempelajari teknik pengairan hidung (sinus flush) dengan betul di rumah. Teknik ini membantu membersihkan lendir dan alergen dalam hidung dan rongga sinus, melegakan kesesakan hidung, serta meningkatkan keselesaan pernafasan. Pastikan anda menggunakan larutan garam yang steril dan ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan dalam video ini untuk hasil yang terbaik!













55,254 views1 comment

1 Comment


Johny Leong
Johny Leong
Jun 30, 2022

Selamt pagi Dokter, saya mengalami sakit sinusitis dan banyak di bahagian kepala,, suda kena scan,, saya makan ubat loratidine dekat 4 bulan,, saya masi mengalami tidak selesa d kepala, kdang pening dan rasa macam ada sesuatu di kepala,, apa perlu saya lakukan,, tolang bagi panduan Dokter,, terima kasih banyak,, 0198991211

Like
bottom of page