Bayi sering meragam, berperangai, sukar untuk tidur lena dan menyusu; Itu adalah antara tanda-tanda utama yang dihadapi bayi atau kanak-kanak yang mengalami hidung tersumbat. Malangnya, bayi anda belum tahu cara meniup hidungnya yang tengah selsema. Sekiranya anda ingin membersihkan hidung bayi anda, anda perlukan bantuan sedut hingus bayi (penyedut hingus bayi ataupun aspirator hidung). Penyedut hingus adalah alat kecil yang menggunakan penyedut untuk menarik hingus dari dalam hidung bayi. Ia sangat mudah digunakan, murah dan dapat membantu bayi anda bernafas secara normal dalam masa yang singkat!
Jenis Penyedut Hingus Hidung Baby
Penyedut Hidung Jenis Picitan (Bulb Syringe)
Picit dan menahan bola getah untuk melepaskan semua udara dari dalamnya. Masukkan hujung ke lubang hidung bayi dan lepaskan bola getah. Ia akan diisi semula dengan menghisap udara dan juga hingus daripada hidung bayi. Penyedut hidung jenis picitan digunakan kerana harganya murah dan mudah digunakan. Tetapi penyedut hidung ini agak sukar dibersihkan. Penyedut mesti dibuka dan dibiar kering selepas dicuci , ini disebabkan risiko pertumbuhan kulat di dalam penyedut tersebut, seperti mana ditunjuk bawah gambar yang seterusnya.
Gambar di atas dikongsi oleh Mitzi Johnson (melalui Facebook). Ini adalah penyedut hingus yang Mitzi sering membersihkan dengan air sabun. Adakah anda benar-benar mahu memasukkan sesuatu seperti itu ke hidung bayi anda? Sekiranya anda menggunakan aspirator hidung sebegini, pastikan alat anda boleh dibuka untuk membersihkan bahagian dalamnya. Sekiranya lendir bayi anda adalah tebal and pekat, penyedut sebegini akan menjadi sukar untuk digunakan.
コメント