top of page

Apa itu kanser lidah?

Kanser lidah berlaku apabila sel-sel pada lidah menjadi kanser dan membentuk ketumbuhan. Kebanyakan kes kanser lidah terletak pada hujung dan sisi lidah. Kira-kira separuh daripada semua kanser lidah terletak pada bahagian pangkal lidah. Kadang-kadang, kanser lidah juga boleh berlaku dalam keadaan yang disebut "leukoplakia",iaitu bahagian lidah yang tebal dan berwarna keputihan. Leukoplakia boleh disebabkan oleh pertumbuhan sel berlebihan dan umum terjadi pada pengguna tembakau.

 

Apakah risiko kanser lidah?

  • 90 peratus kes dengan kanser dalam mulut adalah pesakit yang merokok. Risiko mengidap kanser lidah dan mulut adalah enam kali ganda di kalangan penghisap rokok.  

  • Kebanyakan kes kanser adalah di antara umur 50 hingga 60 tahun. Lelaki adalah lebih cenderung untuk mengidap kanser lidah daripada wanita.

  • Leukoplakia: keadaan yang bercak putih yang muncul di gusi, lidah, bahagian dalam pipi, dan di dasar mulut. Bercak ini timbul akibat kebiasaan merokok.

 

Apakah tanda-tanda atau gejala kanser lidah?

  • Kebanyakan orang tidak mempunyai tanda-tanda awal kanser lidah. Banyak kes yang dikesan secara kebetulan oleh doktor gigi mereka semasa pemeriksaan pergigian secara rutin.

  • Kanser lidah selalu tidak membawa kesakitan

  • Ketulan atas lidah

  • Ulser yang tidak sembuh pada lidah

  • Pendarahan dari ulser lidah

  • Berat badan semakin merosot

  • Kesukaran atau kesakitan ketika menelan (disfagia atau odynophagia)

  • Sakit dalam telinga (otalgia)

  • Batuk dengan darah (hemoptysis)

  • Pernafasan yang berbau (halithosis)

 

Bagaimana kanser lidah boleh dikesan?

Doktor anda akan memeriksa mulut dan kerongkong anda dengan menggunakan "skop," yang merupakan tiub nipis dengan kamera. Semasa prosedur ini, doktor mungkin melakukan prosedur yang dipanggil biopsi. Untuk biopsi, doktor mengambil sampel kecil tisu dari kawasan yang kelihatan seperti kanser. Pemeriksaan sampel tisu kemudian dijalani dalam makmal. Anda juga mungkin memerlukan ujian pengimejan, seperti MRI, CT, atau imbasan PET.

 

Bagaimana kanser lidah dirawat?

● Pembedahan - Kebanyakan kes kanser lidah perlu dirawat dengan pembedahan

● Kemoterapi

● Terapi radiasi - Sinaran membunuh sel kanser.

 

Apa yang berlaku jika kanser lidah kembali atau merebak?

Jika kanser lidah anda kembali atau merebak, anda mungkin memerlukan pembedahan, radiasi, atau kemoterapi berulang.

 

Apakah lagi yang perlu saya lakukan?

Sila mengikut kesemua nasihat-nasihat doktor anda mengenai rawatan dan ujian yang selanjutnya. Adalah juga penting untuk anda berbincang dengan doktor tentang kesan-kesan sampingan atau masalah yang anda alami semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi.

bottom of page